Thursday, December 17, 2009

AWAL MUHARRAM...SELAMAT TAHUN BARU ISLAM

FINAL BOLASEPAK....MALAYSIA VS VIETNAM EMPAT tonggak (dari kiri) Nasriq, Aidil Zafuan, Muslim Ahmad dan Sabre sedia gempur kubu Vietnam, petang ini (berita harian).
~
Salam semangat 1Malaysia uowls. Sure la ramai hari ini yang teruja nak balik awal petang ini sebab nak tengok secara langgsung perlawanan final bolasepak antara pasukan negara dengan Vietnam. Walaupun aku ni kurenggg sikit pasal bolasepak ni...masing2 weols mengharapkan Malaysia akan menamatkan kemarau emas setelah sekian lama untuk menjuarai perlawanan pada petang ini....Malaysia boleh. Kali terakhir Malaysia memenangi emas pada Sukan Sea 1989 di Kuala Lumpur. Bersama weols berdoa semoga pasukan bolasepak Malaysia menjadi JUARA.
~
AWAL MUHARRAM...SELAMAT TAHUN BARU ISLAM
Lupakan seketika pasal bola uowls....dalam suasana weols bergembira nak sambut tahun baru 2010..uowls jangan lupa pulak esok seluruh umat Islam seluruh dunia akan menyambut Tahun Baru Islam...1 Muharram 1430 bersamaan 18 Disember 2009. So ramai la yang suka sebab bersambung dengan cuti hujung minggu...ada yang plan balik kampung...shopping dan sebagainya. Okaylah uowls..wateva apa pun yang uolws lakukan...bersama-sama kita menghayati pengertian Awal Muharram ini.
~ Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Di bawah terdapat doa Akhir dan awal tahun. Doa Akhir Tahun ini dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakanaku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Dan Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkandua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”. ~ selamat beramal....

Tuesday, December 15, 2009

STREET DANCE COMPETITION: FINAL SEASON

Photo pilihan: Bicara Intergriti di Islamic Information Centre, Kuching. 15 Disember 2009. Membincangkan perihal integriti dari semua aspek...speakers yang bagus.

Haluuu uowls....hadek2 sangat. Sejak dua menjak ni jarang2 nak hupdate entry....WHY ek? Sorang member aku sound aku..."bro...tak main la blog2 ni dah....la ni glam FB jer?".....sentap seketika aku uowls. Sapa kata? Soklan? Apakah akan berakhirnya dunia blogging aku ni? Tidak..ah tidak TIDAK!!!!!!....(meracau macam kena SANTAU). Aku dah lama kenal dunia blog ni dari tahun 2003 lagi uowls..takkan la nak stop cengghitu jer!. TIdak kot..aku akan terus memblogging kan diri ini selagi nyawa dikandung badan...chewah. Waima uowls layan FB jer. Ada aku kesah....(ayat power Diva AA).

Esok my family tercinta dari kampung akan datang ke Kuching untuk cuti2 hujung tahun....sambil membeli barangan keperluan sekolah anak2 buah aku. Apply cuti sehari untuk dah pun approved. Penuh la rumah aku untuk beberapa hari ni. Yang paling gembira sudah pasti anak2 buah aku...yang jarang2 cuti2 ni. Pak Usu nya pulak sure kerut dahi pas ni....kakak2 aku siap dah bagi cadangan nak pergi mana2? Tak per....bukan selalu kan.

OKaylah...aktiviti minggu ni busy untuk latihan Street Dance competition: Grand Finale yang akan dijadualkan seperti kat bawah ni:


STREET DANCE COMPETITION: FINAL SEASON

TEMPAT: CAT MUZIUM, KUCHING SARAWAK

TARIKH: 19 DISEMBER 2009

MASA: 10 PAGI (SABTU)


Uowls yang ada kelapangan Sabtu ini...dari tak buat apa2 dan bosan asyik on9 jer kat umah...jom tengok weols battle. Bawa sepanduk bagi sokongan ek....hihi.

Wednesday, December 09, 2009

SELAMAT CUTI2 MALAYSIA

Seriusnya....! On da way nak pi meeting....
Ha...kan manis kalau senyum kan?

Mabuhay manay po! Harap2 uowls dalam keadaan sihatlah hendakNya. Maklum la musim hujan ni cuaca pun tak menentu. Member2 pun dah mengadu demam2 dah...petang2 kat Bandaraya Kuching ni asyik dok hujan dah...nak cuci keta pun tak berbaloi uowls. Keta warna hitam pun dah bertukar kelabu dah. So dalam cuaca kejap panas dan kejap sejuk ni jaga2 la weols kesihatan kay?
~
"Ni En. SK ker" pemanggil dari EtiQa Takaful.
aku pun menjawab.."ya saya....
"En. SK...road tax dan insuran encik dah siap...so boleh lah ambik...."
Thanks puan....
~
Ha..tu baru jer dialog kejap tadi puan EtiQa Takaful call bagitau untuk collect road-tax dan insuran uowls. Semalam aku cuti untuk bayar insuran keta....tapi aku bukan nak citer pasal insuran pun. Cuma peringatan pada weols....hujung2 tahun ni sure la nak kena pakai duit bayar itu dan ini. Robek jugak la poket nak kira2 perkara nak bayar hujung tahun macam insuran ni. Tambahlah lagi saman speed-trap...haiyo. Pepandai la buat budget.....ingat nak gi cuti2 Mesia ke KL ker untuk final Sehati Berdansa. Tapi budget cuti2 kena pakai pulak untuk menda2 lain....
~
Dalam wall FB ramai la pulak nak ajak2 cuti Mesia malah Asian pun ada....haha. Tengok lah nanti uowls...kalau ada rezeki nak jugak memunculkan diri di KeyEll dan Bukit Bintang yang meriah nun ha...window shopping pun okay kan? Untuk yang dah merancang cuti2 hujung tahun nak habiskan Anuall Leave yang masih berbaki tu....selamat bercuti. Jangan lupa ole2 untuk ejaylicious ni....hihihii.
~
Esok aku akan ada day-trip ke KeyEll untuk tender meeting di HQ Cyberjaya. Pergi KeyEll tengahari dan habis meeting petang tu pulak terus ke KLIA untuk patah balik ke Kuching. Tak sempat nak lepak2 hujung minggu di KeyEll. Kalau tau awal sure aku apply cuti sehari untuk Jumaat..tapi tak apalah..maybe for next time.

Sunday, December 06, 2009

KURSUS AKREADITASI INSTRUKTOR PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Check....check....999 elok ker tak untuk talian kecemasan phone ni....
Traveling ke Kampung Pusa untuk verification Pusat Jalur Lebar PD Pusa, Betong menggunakan jalan perhubungan sungai dengan perahu tambang. Perjalanan yang panjang dari Kampung Beladin ke Pusa...seterusnya ke Sessang.....Saratok dan last patah balik ke Betong.
Snappy2 selepas ujuan Praktikal untuk Instructor Kecergasan. Dari kiri: Edd, Jasmie, Elena Q, Tini dan aku. Syabas dan tahniah kepada semua peserta kursus kerana telah berjaya mengharungi 5 hari yang penuh dengan aktiviti. Walaupun hari2 yang memenatkan tapi cukup "berbaloi-baloi".
~
Salam uowls....setelah sekian lama aku tak hupdate entry....rasanya malam ni terdetik pulak nak hupdate blog kesayangan aku ni. Sejak beberapa minggu yang lepas2 member2 dok asyik tanya napelah blog aku tak leh buka dan cuma invited readers jer yang boleh buka? Sebenarnya salah satunya mungkin agak busy dengan aktiviti kerja dan sebagainya menyebabkan aku tak terupdate entry ni. Lainnya sebab broadband tak berbayar sejak sebulan yang lalu dan last penyakit "M" .....MALAS. Tak elok kan!
~
Dalam sepanjang tak terhupdate entry ni..sebenarnya macam2 perkara dan aktiviti aku berlangsung seperti biasa. Memang tak leh duduk diam pun aku ni..asyik busy dengan traveling kerja serta aktiviti riadah yang lain. So tak payahlah aku citer yang lepas2 tu kan. Oklah aku mulakan dengan Raya Aidiladha minggu lepas. Raya Aidiladha kali ni biasa2 jer...aku balik kampung meraikannya bersama family....yang pentingnya family aku gembira setelah sekian bulannya tak jenguk family di Kampung. Kang dikata pulak anak derhaka pulakkan? Jauhkanlah....I luv my family so much okay.
~
Isnin sampai Rabu yang lepas pulak aku traveling ke Sri Aman, Betong dan Saratok untuk urusan verification USP Perpustakaan Pusat Jalur Lebar dan Payphone. Senang nak paham... buat audit la uowls. Bermula 2 -6 Disember pulak aku mengikuti Kursus Akreaditasi Intructor Kecergasan Peringkat Negeri Sarawak, bertempat di Samudra Court, Kuching dan telah pun berakhir lewat petang tadi. Banyak perkara telah diajar dan didedahkan kepada peserta kursus. Walaupun penat sebab waktu kursus yang panjang..kadang2 habis lewat malam...tapi berbaloi dengan apa yang telah dipelajari. Terdapat juga yang demam2, muntah2, gugup dan sebagainya apabila ujian Teori dan Praktikal dijalankan.
~
Alhamdulillah peserta2 telah pun melaluinya dengan semangat demi memajukan sukan di Sarawak bukan sahaja aerobik malah sukan2 lain sama ada diperingkat rendah mahupun antarabangsa. Seperti kata Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak....sukan hendaklah bermula dari kecergasan badan yang sihat dengan bersenam. Dengan bersenam badan yang sihat akan melahirkan atlet yang unggul dan dapat mengharumkan nama negara. Syabas dan tahniah kepada JBSN Sarawak kerana menganjurkan aktiviti ini. Wahh..macam ucapan la pulak entyry kali ni uowls. So aku stop dulu untuk malam ni.....luv uowls.

Saturday, December 05, 2009

SNAPPY2 SANA SINI jer....

SHOW MISS BORNEO 2009 @ RIVERSIDE MAJESTIC HOTEL
Snappy bersama Miss Borneo 2009
Snappy bersama penari2 Petra sempena show Miss Borneo 2009 di Riverside Majestic Hotel.
~~~~~
SHOW INTERNATIONAL ENVIRONMENT CONVENTION @ FOURPOINT HOTEL

Aku bersama kak Pura....
Snappy2 sebelum show bermula...Edd, Dedek a.k.a Wandy, Apiz dan aku.

SHOW MAL-INDO DI TEBEDU


Meh aku kenalkan sekor2 penari lelaki weols...dari kiri: Dedek a.k.a Wandy, Edd, Razi, Mark, Nick dan aku.
Cheh..masing2 tayang body...chantek ker uowls?
Snappy2 sebelum menunggu tetamu kehormat dari Malaysia dan Indonesia datang ke Dewan Masyarakat Tebedu, Sarawak. Show antara Malaysia dan Indonesia ini adalah sememangnya setiap tahun baji menjalinkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara tak kira dari sudut apapun...ekonomi, politik, sosial malah pertukaran budaya.

Thursday, November 19, 2009

SHOW MALAM ANUGERAH SASTERA KEBANGSAAN

D' Katik Boyz....Razi, Edd dan aku...
Cium bunga ni...wangi tak....?
Snappy2 sebelum perform...
Dayang2 istana menjungjung setia.....
Hulubalang2 istana mengadap sembah...
~
MALAM ANUGERAH SASTERA KEBANGSAAN
GRAND MAGHERETA
16 November 2009

Wednesday, November 18, 2009

TERASA DIKHIANATI......SEDIHNYA

Salam awal pagi uowls....pukul 1.49 pagi ni aku masih melanguk di depan PC ni. Ntah la uowls...Mata terasa tak nak pejam pulak sedangkan pagi ni kerja seperti biasa. Aku pun tak tau nak tulis apa dalam entry ni...blur? Tidak sekali pun. Macam2 perasaan yang timbul dalam jiwa aku bercampur aduk...sakit hati...hiba...kecewa....malah sedih pun ada. Yang pasti aku rasa dikhianati....dikhianati kerana.